Sunday, October 12, 2008

majlis jamuan raya [at] ms garden


Alhamdullilah, dengan keberkatan serta keredhaan Illahi, kolej shahputra melalui badan kebajikannya iaitu kekas telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya yang berlangsung dengan penuh suasana raya di ms garden pada 10 oktober 2008.
bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana Dia telah memanjangkan rezeki kolej shahputra. Alhamdullillah.

majlis telah diserikan dengan ucapan abah selaku wakil kepada ahli lembaga pengarah. dengan ucapan selamat hari raya kepada semua warga shahputra termasuk pensyarah filipina yang baru menyertai keluarga shahputra.



seperti yang ku gambarkan...bila hari raya...kanak2lah yang sangat bergumbira...sama jua semasa majlis hari raya ini...kanak2 dengan aksi mereka yang tidak diduga...bermain sakan...naik atas pentas sewaktu persembahan berlangsung...berjoget...main atas tangga sorang2 macam budak bodak ni...hehehehe...notak tapi cute budak nie...

pakaian sedondon bagi semua pasangan dan keluarga...majlis hari raya itu hari siap ada pertandingan lak untuk pasangan sedondon yang mana ianya dimenangi oleh a.rhymie padillah dengan pakaian bertemakan warna hijau....memang hijau la kirenye...semua hijau...yang nampak la...yang tak nampak..kene tanya empunye diri.

turut mengikut tema hari raya dan sedondon...adalah yh dato' dr azman zaini sekeluarga dengan warna purple cuma anak2 pakai baju pink...sedondon separuh la kirenye...

ini pulak adalah gambar en. kamal...pengarah hr kolej shahputra...kirenye nak mintak keja...jumpa la dia...kalau cukup sifat kelayakan serta standard yang dia tetapkan...insyaAllah la boleh join warga shahputra.

kamal jua adalah individu yang bertanggungjawab merealisasikan majlis hari raya ini...dia punye fight pasal nak adakan majlis nie...dari bulan satu lagi...akhirnya 10.10.08 berlangsunglah program yang dirangkakan.....thanks kamal....
yang ni...bukan gambar org bangla pakai baju melayu tetapi adalah gambar en. wan zain...pengarah marketing dan jpm...punye la komited terhadap shahputra..padehal...mak dia tgh awarded kat kmc pada masa jamuan ni berlangsung...emak dia masuk pada hari khamis malam....09.10.08...tapi alhamdullillah...emak dia ok dah...

untuk menunjukkan semangat kekeluargaan, dia dtg jugak sekejap ke majlis ini dan beransur ke kmc seblm upacara majlis selesai...inilah komitmen yang sememangnya diharapkan oleh pihak pengurusan tertinggi shahputra...sebab tu la...bos mmg sayang sungguh kat dia...dia takde kirenye...lumpuh la shahputra.

tak lupa jugak nak cerite bab komitmen...semlm..aku dapat call dpd unit transport kata bas shahputra rosak...so...kene tunggun pagi nie la baru boleh buat apa yang patut...komited nye driver aku iaitu a. din and a. zul...sanggup tido dlm bas semlman sebab takut jadik ape2 kat bas...thanks la kpd driver2 aku....

aku jua sedar ramai staff shahputra yang komited...cuma mungkin aku tak sedari...wlaaubagaimanapun...ucapan tahniah serta terima kasih dari aku kepada semua staff yang komited...semoga kite bersama2 mengecapi kemanisannya di masa akan datang.

wassalam

6 comments:

KOYAN said...

ooOoo..gambo aku tak amik...time anak nagis malam tak renti2....baru ingat kat aku...ini tidak adil...

hisyamrahman said...

hahahaha...ade sheikh...nanti aku upload....

Mc Zue said...

budak botak tu anak kak shidah.. cute giler...

hisyamrahman said...

hehehe..dia dok main dgn lengan baju melayu dia tu zue....atas tangga...memang cute

ikan said...

mana gambo ameer ngan afeeq dan kedua ibu bapanya? mana? mana?

kirim salam en kamal, pengarah hr itu, tanyakan saya layak atau tidak nak jadik PA dia...

hisyamrahman said...

gambo amer&afeeq bersama kedua ibubapanye...berada dalam ati...muahahahaha....

disinari bulan

disinari bulan
gambar diambil pada 19 Julai 2008 jam 9.30 pm

planning

a process that includes defining goals, establishing strategy, and developing plans to coordinate activities.

majlis aqiqah afeeq

majlis aqiqah afeeq