Wednesday, November 26, 2008

kene tag dah aku nih

assalamualaikum

aku pun dah kene tag dek dene a.k.a danny
jadik aku akan cuba menjawab soalan-soalan yang ditujukan dengan seikhlas yang mungkin...

THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU
1.Syam [kat kolej shahputra]
2. Cucur@CU@chok [kat UUM]
3. Benta [kat SMART]

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
1. 17 Mei [tarikh lahir- boleh bg hadiah lps nih]
2. 07 April [tarikh lahir isteri yang ku cintai]
3. 31 Ogos 2000 [tarikh aku akad nikah-dah 8 tahun dah aku bergelar suami]

THREE WAYS TO BE HAPPY
1. Memain dgn anak2ku
2. Tangkap gambar yang cun
3. Layan komen2 dpd blog, flickr


THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW
1. Jason mraz-i'm yours
2. It not over- chris daughtry
3. Bismillah-too phat

THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST
1. Arwah Mama [Al-Fatihah utk beliau]
2. Arwah Ahtong [Al-Fatihah utk beliau]
3. Arwah Tok Misai [Al-Fatihah utk beliau]

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE THREE OF YOUR FAVORITE
1. Kamera Nikon D3 bersama lens2 nye
2. Jam Tag Heuer-latest edition
3. BMW bike-dual version-off bike

HOBBIES
1. Tangkap gambar
2. Tengok Wayang
3. Pi melancong

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
1. Mekah [tempat yang ku rasekan tiada jemu utk sentiasa kembali]
2. New Zealand
3. Pulau-pulau kat Malaysia

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
1. Yang dulu2 nye citer...marcos...jet fighter jadik moto
2. Optimus Prime- transformer
3. Pinnaccio

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO
1. East Coast Mall-Kuantan
2. Plaza Pelangi-Johor
3. Sogo-KL

THREE FAVORITE DRINKS
1. Nescafe Tarik
2. Teh O
3. Sirap Bandung-asli nyer

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG
1. Kamera
2. Laptop
3. External Hard disk

THREE FAVORITE COLOURS
1. Biru
2. Hitam
3. Coklat

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. Apa2 jua yang mak aku masak
2. Apa2 jua yang bini aku masak - laksa terutamanya
3. Pizza - Dominos@Crocodile Rock

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
1. My parents- hj rahman, Hjh Maimon, Hj idham and arwah mama
2. My kids
3. My whole family

diaorg bukan barangan tapi insan2 inilah yang memberi kemanisan dalam hidupku

TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
1. Rendah Diri
2. Ikhlas
3. jujur

TOP THREE FACES YOU LIKE
1. My parents- hj rahman, Hjh Maimon, Hj idham and arwah mama
2. My kids
3. My whole family


THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
1. Mesyurat kat KL [7.15 pm-pan pac klia]
2. Semayang Jumaat
3. Dok dl kete sepjg balik dan pegi KL

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
1. Masih dalam menyesuaikan diri dgn tugas sekarang
2. Nak menghabiskan master aku
3. Establishkan group aku

akhirnya...settle dah tugasan aku setelah ditagkan oleh dene@danny
semoga jawapan aku memenuhi persoalan yang diajukan...terima kasih atas kesabaran membaca jawapan2 aku...

maaf dan ampun sekirenya ada jawapan aku yang menguris hati atau menyalahi undang2 dunia dan akhirat.

wassalam

Friday, November 21, 2008

keheningan pagi


pada 10 november 2008
aku bersama kawan2 telah pergi ke teluk cempedak dengan satu matlamat mendapatkan gambar sunrise-matahari terbit

kami telah berada di tc jam 6 am
terkezut aku...ingatkan x de orang tapi
bersepah-sepah muda mudi pada masa tu...
agaknya..diaorg overnight...tu la pasal diaorg boleh ada kat tc jam 6am

aku heran gak...mak ayah dia ..tak kisah ke anak2 diaorg ke mana semalaman...
aduh...takut aku memikirkan anak2 aku nanti...
kecut perut

sambung balik pasal shoot sunrise...
kami agak kurang bernasib baik kerana pada pagi tu
matahari tak mau kuar...kene lindung dek awan yang tebal
frust..tapi itulah dugaan
InsyaAllah...lain kali ade la rezki aku serta sahabat2 seperjuangan aku tuh

wassalam

Thursday, November 20, 2008

keindahan ciptaan Allah


sesungguhnya Allah mencipta segala-galanya
kerana
Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Berkehendak, Allah Maha Agung, Allah Maha Kaya, Allah Maha Segala-galanya
justeru itu
kita selaku makhlukNya yang daif hendak lah sentiasa mengucapkan syukur ke atas segala yag telah diberikan olehNya

janganlah kita, hanya tahu memohon, merunggut serta tidak berpuashati dengan apa yang berlaku...sememangnya telah termaktub takdir kita di dunia ini tetapi perlaksanaan nya mungkin boleh berubah dengan usaha dan doa kita kepada Allah Yang Maha Berkuasa

sentiasalah kite mengucapkan syukur diatas kenikmatan serta kerahmatan yang telah Allah berikan.

Alhamdulillah...
pastikan kalimah ini akan sentiasa keluar dari bibir kita
dan nescaya Allah akan memberikan lebih lagi kenikmatan kepada kita

wallah hu alam

Monday, November 17, 2008

freemantle[at]perth on hdr


edited on lightroom
jpeg file-5 exposure
generate hdr on photomatic

please comment

cubaan menggunakan teknik hdr




aku mencuba teknik hdr yang telah lama dipraktikkan oleh photographer...cuma aku tiada keberanian utk mencubanya...tetapi dgn kewujudan group aku sendiri yang sentiasa memberikan galakkan serta dorongan serta kerjasama yang erat....aku telah berjaya mencuba teknik ini...mungkin cubaan ini kurang berjaya tetapi group aku akan sentiasa mencuba.

kami sekarang dok sakan mendesign logo, business card serta website utk group kami...akan ku maklumkan kepada para sahabat menggenai group kami ini...manala tau nak menggunakan khidmat fotografi kami.

doakan kejayaan kami para sahabat sekalian.

Thursday, November 13, 2008

video
semoga kite dapat bersama-sama merasai keperitan seorang ibu sewaktu melahirkan anak.
maka

kepada para anak
hormati serta sayangi ibu bapa anda

kepada para suami
hargailah pengorbanan isteri

kepada para isteri
peliharalah anugerah Allah yang tiada nilainya

Wednesday, November 12, 2008

mencari rezeki




kesian ade..sedih pun ade bile aku tgk perempuan tua nie mencari rezeki dengan menjual selipar di kaki lima jalanan di bangkok...patutnye...perempuan nie dah duduk kat rumah...berehat...nie tak...masih mencari rezeki...walaupun bukan islam..aku rase la...aku tetap kesian kat dia...

aku jugak berasa kagum dengan semangat serta kecekalan wanita tua nie...dia tak la dok mengemis...masih menggunakan kederat yang ada utk mencari rezeki...

so...buat insan2 kat dunia yang berharapkan belas kasihan daripada org lain utk mencari sesuap nasi...maka berusahalah...

sesungguhnya Allah akan mengubah nasib umatNya sekiranya UmatNya berusaha untuk berubah.

wassalam

Tuesday, November 11, 2008

bangkok city


pada 02 Nov 08 aku telah berangkat ke bangkok dgn satu matlamat iaitu melihat....
hahaha....tu musti ade org yang berfikir kebiruan...aku pigi utk melihat kilang yang membuat bangunan dengan cara yang lebih cepat serta canggih...ianya menggunakan konsep modular system...boleh siap dalam masa 3 bulan berbanding cara konvensional 11/2 tahun...finishing dia lak..mmg kelas...ikut selera serta kemampuan kite.

yang nie...dinamakan tuk-tuk kalau tak salah aku...tapi aku tak naik la...sbb kontraktor yang bawak delegasi aku dah sediakan van...terasa nak naik...tapi tak dan la...

sewaktu aku dok tgh layan kopi sesorang kat tepi jalan bangkok...ternampak makcik nie...tgh susun selipar...kesian aku tgk...dah tua...tetapi masih lagi mencari rezki...

yang nie pulak...hiasan bagi sambutan krismas di bangkok...kaw2nyer depa hias...banyak giler beb dia punya hiasan...aku tangkap satu dua je la....

perniagaan di tepi jalan je....kat bangkok...banyak penjaja-penjaja yang menjual pelbagai jenis juadah serta minuman...so...masa diaorg otw ke off ke..singgah sat...beli apa yang nak..teruskan perjalanan. aku tak nampak lak...majlis perbandaran dia ligan penjaja kat sini.

yang nie...aku amik kat airport dia masa nak balik...kene menggene dgn sambuatan keagamaan diaorg kot...

salah satu ukiran di salah sebuah taman di tengah bandaraya bangkok. kalau tanya aku apa dia...aku akan kata seni...sukar digambarkan

yang nie pulak...suasana di arab street di bangkok...banyak giler kedai pak arab...jual sea food...sedap lak tu...rege tak tau sbb kontraktor bayar...amin

seterusnya adalah gambar matahari baru nak terbit...aku amik dari tingkat hotel aku...

yang nie...hotel aku dok...grand mercure@park avenue...di jln soi 22...dekat dengan hotel kepunyaan queen elizabeth...hotel imperial

kalau tanya aku...mcm mana bangkok...aku tak leh nak gambarkan macam mana la...sebab..tak sempat nak jalan...sampai ptg 2hb tu...lepak hotel, pastu makan malam, tido...3hb..pagi2 dah pegi kilang..ade dua kilang...perjalanan pegi dan balik dekat 4 jam....so...sampai nak dekat maghrib, rehat, makan, tido

4hb, pagi tu gi jln shopping mall 2 jam...terus ke airport..so, aku tak menjelajah la kirenya bangkok nie...


Thursday, November 6, 2008

hantaran


hantaran
sememangnya cantik dilihat sewaktu kite menghadiri majlis perkahwinan...hantaran dihantar kepada belah perempuan and pihak perempuan akan membalas kepada pihak lelaki dgn nisbah yang ganjil...

sememangnya ianya adat (setahu aku la) bukanlah perkara wajib tetapi telah menjadi tradisi kita iaitu hantaran semestinya ada dengan perkara-perkara yang ditetapkan.

kadang-kadang aku kesian mendengar rintihan pengantin tanpa mengire lelaki ataupun perempuan dgn bebanan kewangan yang dihadapi dalam persiapan hantaran...kesian beb

perkara yang sememangnya adat telah menjadi seolah-olah perkara yang wajib...sehingga membebankan orang...ade yang sampai takut nak kawin sebab perkara-perkara ini.

wallah hu alam

Miniclip Game - Paintball

disinari bulan

disinari bulan
gambar diambil pada 19 Julai 2008 jam 9.30 pm

planning

a process that includes defining goals, establishing strategy, and developing plans to coordinate activities.

majlis aqiqah afeeq

majlis aqiqah afeeq