Thursday, October 30, 2008

mentadak mentadu


ini mentadak mentadu...bagi sesiapa yang tak tahu...ada lagu untuk binatang nie...cuma aku lupe jer...

Tuesday, October 28, 2008

tahniah buat [faisal&nurul]


ucapan tahniah ku ucapkan kepada pasangan kekasih yang telah mengikat tali pertunangan pada 25 november 2008

majlis pertunangan ini dimulakan dengan kata bicara pembuka oleh pihak di sebelah perempuan dan majlis ini diakhiri dengan penyarungan cincin pertunangan daripada pihak lelaki yang mana diwakili oleh emak saudara pihak lelaki.

semoga ikatan pertunangan ini akan seterusnya membawa ke jinjang pelamin.
semoga pasangan kekasih ini bahagia selama-lamanya.

muhammad afeeq aiman


ini adalah putera kedua ku.
lahir pada 28 februari 2008 di Klinik ST Chong, Kuantan, Pahang
berat sewaktu dilahirkan hanyalah 2.44kg
pergh...masa aku mula-mula kasi dia mandi, hari ke 3 kot....sebelah tangan je aku pegang
tapi sekarang...
naik lenguh dukung dia
hari nie dgn semlm dia demam...sedih tgk..mkn sambil tutup mata...lenguh agaknya tapi roti abis je makan...muahahaha

macam2 mana pun setiap anak mempunyai kriteria tersendiri....ameer[putera sulungku] kalau nak gi jalan, seblm sampai gambang dah tido...afeeq lak, sampai temerloh belum tentu tido....hehehe...anak oh anak

apa2 pun aku akan buat apa yang termampu dek aku untuk menjadikan anak2 aku insan yang berketrampilan dan berjaya dunia dan akhirat.

insyaAllah

Ulul Albab: Syariah berkesan atasi krisis kewangan global



BANK berasaskan Islam memiliki perlindungan yang lebih baik daripada pengaruh kredit tak berbayar yang saat ini menimpa bank konvensional.

Produk perbankan Islam terbukti mampu tangani kemelut ekonomi dalam sistem pasaran kapitalis


JIKA kita boleh tamsilkan keadaan sakit kewangan global hari ini dengan sakitnya satu dekad lalu, penulis boleh umpamakan dengan keadaan sakit seorang anak dan seorang ayah. Dalam krisis kewangan global akhir milinium lalu yang sakit adalah anaknya.

Oleh itu, ia masih boleh diubati oleh si ayah. Tapi yang sakit pada hari ini adalah ayahnya. Bagaimana dia boleh mengubati diri sendiri. Krisis global akhir 90-an adalah krisis kewangan yang berayahkan bank manakala krisis hari ini adalah krisis perbankan yang di dalamnya ada wang. Sudah tentu dampak dan imbasnya akan jauh dan berbeza.

Negara dunia hari ini menawarkan diri untuk menjamin semua simpanan bank mereka di mana dalam sistem ekonomi kapitalis ia adalah sesuatu yang tabu. Tapi kerana ingin menyelamatkan kepentingannya, maka yang tabu ini menjadi halal dan boleh. Justeru, yang tabu ini adalah amalan yang sememangnya satu daripada tonggak sistem kewangan Islam dalam bentuk wadi'ah yad damanah, simpanan dengan jaminan. Bukankah sudah tiba masanya untuk menerapkan sistem perbankan dan kewangan Islam?

Mungkin kerana penulis mengajar subjek Perbankan dan Kewangan Islam untuk pelajar Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syarie dan subjek al-Masarif al-Islamiyyah (Perbankan Islam) untuk pelajar Sarjana Syariah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei, maka Dekannya, Dr Ayman Salih yang berasal dari Jordan menghantar satu e-mel berkaitan dengan isu hangat krisis perbankan global ini.

Dalam e-mel berkenaan disertakan tulisan Muhammad al-Nuri bertajuk Kuttab Gharbiyun: Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah fi al-Majal al-Iqtisadi yunqiz Iqtisad al-Alam (Penulis-penulis Barat: Pelaksanaan Syariah Islam dalam bidang ekonomi menyelamatkan ekonomi dunia).

Dalam tulisan berkenaan dipaparkan perbincangan reaksi terhadap tulisan Ketua Pengarang majalah Challenges dalam lidah pengarangnya sebulan lalu bertarikh 12 September 2008 dengan tajuk Le pape ou le Coran (Pope atau al-Quran).

Majalah ekonomi terkemuka Eropah berbahasa Perancis itu membuat kejutan dengan tajuk rencana berkenaan di mana Ketua Pengarangnya, Vincent Beaufils menulis dan bertanyakan mengenai etika kapitalis dan peranan Kristian sebagai agama khasnya gereja Katolik yang memburukkan krisis dan mempermudahkan masalah faedah sehingga membawa dunia ke tepi jurang.

Beaufils menulis dengan bahasa yang penuh kemarahan dan menuduh pihak gereja serta memohon maaf kepada Pope Benedict XVI: "Saya fikir, dalam menghadapi krisis ini kita perlu lebih banyak membaca al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan perbankan kita. Ini kerana jika pelaku perbankan kita mencuba untuk menghormati apa yang tertera dalam al-Quran mengenai ajaran dan hukumnya kemudian mereka menerapkannya sudah tentu bencana dan krisis ini tidak akan terjadi menimpa kita dan kita tidak akan sampai kepada suatu keadaan yang membimbangkan ini; kerana wang tidak melahirkan wang."

Begitu pula Ketua Pengarang Majalah Le Journal de Finance, Roland La Sceen, dalam pembukaan majalahnya awal bulan ini menulis lebih berani dan jelas dengan tajuk "Apakah Wall Street sudah layak untuk menerapkan prinsip-prinsip syariah Islam?" Dalam tulisan berkenaan, beliau menyeru akan betapa pentingnya menerapkan syariah Islam dalam bidang kewangan dan ekonomi untuk mengehadkan kemaraan krisis yang menggoncang pasaran global akibat permainan kotor ke atas prinsip-prinsip kontrak dan sangat berlebihan dalam transaksi-transaksi semu (palsu) yang haram.

Beliau mendedahkan bahaya yang menimpa sistem kapitalis dan merayu untuk mencari penyelesaian alternatif ke atasnya dengan memberikan beberapa jalan penyelesaian dan berada di urutan atas adalah penerapan syariah Islam walaupun ia bercanggah dengan adat istiadat Barat dan kepercayaannya.

Seorang penulis dan pengkaji wanita berasal dari Itali, Loretta Napolioni, baru-baru ini menulis buku bertajuk Iqtisad Ibn Awa (Ekonomi Ibnu Awa). Dalam buku ini, dijelaskan bahawa perbankan Islam menjadi alternatif yang sesuai bagi perbankan Barat dengan ranapnya bursa dunia dan krisis hutang di Amerika Syarikat.

Sistem perbankan konvensional sudah mula nampak keakutan penyakitnya dan memerlukan penyelesaian dari akar umbi.

Dalam laporannya, detik.com pada 22 Oktober lalu menulis: "Ketika bank-bank konvensional terlilit masalah akibat krisis kewangan, jumlah pelanggan Islamic Bank of Britain (IBB) meningkat lima peratus, termasuk pelanggan sektor pembiayaan yang naik menjadi 13 peratus. Di antara pelanggan baru itu, ramai pelanggan bukan Islam."

Pengarah Komersial IBB, Sultan Choudhury, berkata, orang kini beralih ke bank Islam kerana bank berasaskan Islam memiliki perlindungan yang lebih baik daripada pengaruh kredit tak berbayar yang saat ini menimpa bank konvensional. IBB, tambah Choudhury, tidak mengambil pinjaman berasaskan faedah daripada bank lain dan memiliki pelaburan berasaskan aset yang berkualiti tinggi.

Konsep syariah yang dilaksanakan dalam produk industri perbankan kini semakin bertambah dan meluas setelah wujudnya persaingan antara pengamal pasaran peringkat tempatan dengan pengamal pasaran antarabangsa.

Jika sebelum ini banyak produk perbankan Islam menggunakan konsep syariah yang terhad seperti wadi'ah termasuk yad al-damanah, murabahah, BBA, Inah dan bai al-dayn, kini banyak konsep syariah yang lain diguna pakai seperti ijarah, mudarabah, musyarakah dan tawarruq.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pengamal perbankan Islam kini semakin bersedia dan memahami keperluan kepada mempertingkatkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak pelanggan yang memerlukan kepada produk kewangan Islam yang patuh syariah. Selain inisiatif pengamal pasaran, ulama Islam juga mula menunjukkan kefahaman mereka terhadap struktur produk yang lebih kompleks dan pelbagai.

Kontrak yang diamalkan dalam kewangan Islam umumnya terbahagi kepada dua jenis kontrak iaitu kontrak yang bersifat 'uqud musamma' dan 'uquq mustajiddah'. Kontrak yang lahir daripada 'uqud musamma' lazimnya mudah dilaksanakan kerana segala syarat yang perlu ada pada kontrak itu telah dibahaskan oleh ulama fikah terdahulu seperti jual beli, ijarah, salam dan sebagainya. Sementara kontrak yang bersifat mustajiddah, maka ia perlu kepada takyif fiqhi yang jelas dan ijtihad secara kolektif agar pelaksanaannya lebih menepati asas syarak.

Lazimnya kontrak yang bersifat mustajiddah lebih banyak diamalkan dalam konteks kewangan semasa antaranya murabahah li al-amir bi al-syira', ijarah muntahiyah bi tamlik, musyakah mutanaqisah, qard, mudharabah, wakalah bi istithmar dan sebagainya.

Dengan istilah produk kewangan Islam ini sudah cukup dibuktikan bahawa sistem kewangan Islam memang inovatif dan ia sesuai untuk keperluan manusia di setiap tempat dan masa. Di samping itu, sistem ini adalah sistem terapan dari pemahaman terhadap al-Quran dan hadis Nabi yang sudah pasti akan membawa keberkatan. Wallahu a'lam.


Bersama Abdurrahman Haqqi

Berita Harian [26 Oktober 2008]

sesungguhnya Allah telah mencipta sistem bagi kita di dunia ini dengan penuh sempurna...cukup sempurna, maka terpulang kepada kita mahkluk Allah untuk menilai, menerap dan menjiwai sistem yang telah Allah ciptakan buat umat-umatnya. Sesungguhnya, Allah sentiasa memudahkan segala urusan makhlukNya didunia ini dan setrusnya menjadi bekalan di akhirat kelak.

Wallahu a'lam.

Monday, October 27, 2008

Saturday, October 25, 2008

aku kan abang

a.rhymie padillah a.k.a abang
nama yang ku rasekan agak glamer di kolej shahputra dan dikalangan para pelajar...mungkin ramai yang tidak percaya terhadap kenyataan aku...tetapi percaya la...bile sebut je nama abg rem...pasti ramai yang tersenyum

seorg yang mempunyai badan yang sasa, suka bergurau. mesra dan tak lokek pada aku...itulah abg remie yang aku kenali...

abg merupakan pengurus bahagian rekod dan kemasukan pelajar di kolej shahputra...yang mana dulunye...dia adalah seorg chief di angkatan tentera laut diraja malaysia...berkhidmat untuk negara dan sekrg menabur bakti demi shahputra....kalau korang tak caya...tgk la dia sekrg nie...dok sibuk lipat surat...sampai sakit pinggang la beb....

apa-apa pun bang..wa respek sama lu beb...lu abg gua....love u babey

Sunday, October 19, 2008

orkidku

Think of all the beauty still left around you and be happy

ranting[at] cerating beach

alhamdullilah ku ucapkan kepada Allah yang Maha Berkuasa, Berkehendak dan yang Maha Pemurah kerana dengan limpah dan kurniaNya, kami sekeluarga telah pergi ke cerating pada 18 okt 2008 dimana penyumbang terbesar adalah isteriku...kak cik serta kekanda yang kaya raya...datin suzie...

kami yang lain nie....setakat sponsor brgan makanan la serta hadiah-hadiah...tu je la....poket bocor la...muahahahahaha....

percutian ke cerating ini adalah untuk meraikan tenaga kerja yang berhempas pulas sewaktu perkahwinan adik(papa) and reen(bonda). so...dua org ajk besar sudah pakat mau meraikan tenaga kerja ini di cerating...cuma satu terdapat tenaga keja yang x dpt hadir seperti cik risk, abu dan lain-lain kerna urusan yang tidak dpt dielakkan.

kat atas nie, gambar mat adam tengah togok air kelapa muda...sakan giler dia togok..kaw-kaw nyer....manakala, gambar kat bawah adalah gambar 3 org manusia yang dah tua tapi rase macam bebudak je...sakan giler main air....lari laju nyer...kalah christiano ronaldo....



seterusnya adalah gambar papa...yang termenung memikirkan apa jua perkara yang kami tidak ketahui...mungkin risau kat abang yang makan tek renti.,...hahahaha...yang tu lawak jer...abg makan sikit jer...mungkin dia nak diet agaknye....sekrg tak syok makan dgn dia...sbb dia mkn sikit jer...

nak kata dia gemuk...aku rase tak la sangat....gemuk sikit je...kan..abg kan...kan..kan...


ha...yang nie gambar reramai..depan bilik abg....abg kalau korang nak tau ...yang pakai baju hijau tuh...mana gemuk...betul tak sahabat2 lain....

izinkan aku perkenalkan barisan yang mengambil bahagian dalam pengambaran ini....
dari kiri

mama goh...emak yang sentiasa ingatkan org belakang sewaktu makan...dia akan pastikan sesiapa jua akan makan...dia akan simpankan makanan kalau org tu...tak de atau buat keje pd masa tuh....

abg rem...manusia yang sentiasa mengambil kire perasaan org lain sampai terpaksa memendam rase sendiri...abg yang prihatin serta akan all out utk adik2nye...

datin suzie@yong...kekanda yang buat kari, nasi ayam sangat sedap...penyumbang terbesar trip ini

nyah@nonie...kekanda yang sangat rajin dan tekun...korang bayang...dia boleh jahit manik2 pada baju 10 pasang dlm masa 5 hari...pergh...wa salute lu nyah

zila@kakak...yang kuat menyanyi...suara sedap beb...cuma kalau dia nak menceburkan diri dalam dunia hiburan...dia kene g slim world dulu la....hahahaha....

kak cik@sally...isteriku yang aku sayangi...penyumbang terbesar bersama datin suzie...baik hati walaupun kata2nye pedas...sbb bini aku nie ckp je..kalau dia tak puas ati...tetapi memang baik ati bro.....pandai buat laksa, kuih muih(paling sedap cucur udang)...i luv u yang.

trip nie...mmg syok cuma...aku cian kat bini aku kene sengat dek jelly fish@obor-obor....ptg sabtu...sampai ari nie...isnin...dok sakit lagi....cian sungguh bini aku....


so...itulah coretan aku serba sedikit pada kali ini....semoga kita akan diberkati Illahi hendaknya....

wassalam

Monday, October 13, 2008

more picture [at] majlis jamuan hari raya


bebudak menyanyi dan menari...
diaorg kene paksa dgn mak bapak diaorg


mczue
sahabat yang boleh bergurau, berkongsi cerita dan baik hati


tadi bebdk kene paksa dgn mak bapak diaorg,
yang nie..staff pulak kene paksa dgn hr...muahahahaha


aril, adib & pet
berpose setelah penat menunggu upacara makan.


hero lan&aziera


dug&shirah
sedondon anak beranak nie



barisan mc pada malam itu
dari kiri
[adai, azizah, ziela and parween]


hidangan
[at]
majlis jamuan hari raya kolej shahputra

Sunday, October 12, 2008

more picture [at] majlis jamuan hari raya


ismadi
head coordinator for uitm


rosmazlan& afrina
dah letih sangat...tertido dalam dakapan papa


pemenang pertama pakaian sedondon
majlis jamuan hari raya kolej shahputra
[a.rhymiepadillah]


utz madi
[pengarah rekod, kemasukan dan alumni]
tak tau la dia dok hembus apa kat budak tuh...


mc announce makan je....semua terus terkammmm!!!!!

more picture [at] majlis jamuan hari raya

ikatan erat bapa&anak
kemana sajer alpian pergi...anaknye tetap berada disisi.


dari kiri
adikradzi, anis&anaknya, nasril, mekzu dan ijat


nasril&adib
muka sepesen, body weight je yang lain.


hidangan buahan pada malam itu


door gift buat semua tetamu
majlis jamuan hari raya [at] ms garden

majlis jamuan raya [at] ms garden


Alhamdullilah, dengan keberkatan serta keredhaan Illahi, kolej shahputra melalui badan kebajikannya iaitu kekas telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya yang berlangsung dengan penuh suasana raya di ms garden pada 10 oktober 2008.
bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana Dia telah memanjangkan rezeki kolej shahputra. Alhamdullillah.

majlis telah diserikan dengan ucapan abah selaku wakil kepada ahli lembaga pengarah. dengan ucapan selamat hari raya kepada semua warga shahputra termasuk pensyarah filipina yang baru menyertai keluarga shahputra.



seperti yang ku gambarkan...bila hari raya...kanak2lah yang sangat bergumbira...sama jua semasa majlis hari raya ini...kanak2 dengan aksi mereka yang tidak diduga...bermain sakan...naik atas pentas sewaktu persembahan berlangsung...berjoget...main atas tangga sorang2 macam budak bodak ni...hehehehe...notak tapi cute budak nie...

pakaian sedondon bagi semua pasangan dan keluarga...majlis hari raya itu hari siap ada pertandingan lak untuk pasangan sedondon yang mana ianya dimenangi oleh a.rhymie padillah dengan pakaian bertemakan warna hijau....memang hijau la kirenye...semua hijau...yang nampak la...yang tak nampak..kene tanya empunye diri.

turut mengikut tema hari raya dan sedondon...adalah yh dato' dr azman zaini sekeluarga dengan warna purple cuma anak2 pakai baju pink...sedondon separuh la kirenye...

ini pulak adalah gambar en. kamal...pengarah hr kolej shahputra...kirenye nak mintak keja...jumpa la dia...kalau cukup sifat kelayakan serta standard yang dia tetapkan...insyaAllah la boleh join warga shahputra.

kamal jua adalah individu yang bertanggungjawab merealisasikan majlis hari raya ini...dia punye fight pasal nak adakan majlis nie...dari bulan satu lagi...akhirnya 10.10.08 berlangsunglah program yang dirangkakan.....thanks kamal....
yang ni...bukan gambar org bangla pakai baju melayu tetapi adalah gambar en. wan zain...pengarah marketing dan jpm...punye la komited terhadap shahputra..padehal...mak dia tgh awarded kat kmc pada masa jamuan ni berlangsung...emak dia masuk pada hari khamis malam....09.10.08...tapi alhamdullillah...emak dia ok dah...

untuk menunjukkan semangat kekeluargaan, dia dtg jugak sekejap ke majlis ini dan beransur ke kmc seblm upacara majlis selesai...inilah komitmen yang sememangnya diharapkan oleh pihak pengurusan tertinggi shahputra...sebab tu la...bos mmg sayang sungguh kat dia...dia takde kirenye...lumpuh la shahputra.

tak lupa jugak nak cerite bab komitmen...semlm..aku dapat call dpd unit transport kata bas shahputra rosak...so...kene tunggun pagi nie la baru boleh buat apa yang patut...komited nye driver aku iaitu a. din and a. zul...sanggup tido dlm bas semlman sebab takut jadik ape2 kat bas...thanks la kpd driver2 aku....

aku jua sedar ramai staff shahputra yang komited...cuma mungkin aku tak sedari...wlaaubagaimanapun...ucapan tahniah serta terima kasih dari aku kepada semua staff yang komited...semoga kite bersama2 mengecapi kemanisannya di masa akan datang.

wassalam

Monday, October 6, 2008

kita semua akan ke sana

sesungguhnya tiada tempat lain yang akan kite pegi bile sudah tibanya....kite nyorokla kat mana sekalipun...tetap kite akan ke sana iaitu alam barzakh...alam yang tidak diketahui sama ada kita akan diterangi atau menghadapi kegelapan...tetapi bergantung kepada amalan kite yang sebenarnya....kalau banyak amalan mulia dan baik kite lakukan, insyaAllah Allah akan terangkan kubur kite, tapi, kalau banyak amalan buruk dan salah yang kite lakukan....sendiri kene ingat...seksaan yang akan diterima sangatlah seksa....dihimpit kubur, ular besar, kubur yang gelap gelita....dan sesungguhnya seksaan itu akan berterusan sehinggalah ke hari pembangkitan semula...iaitu sewaktu semua makhluk Allah akan berkumpul di Padang Mashyar....

tetapi...seeloknya sekiranya kite berada di tanah perkuburan...perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Junjungan kita agar malaikat yang menyeksa penghuni kubur akan berhenti sekita untuk menjawab selawat tersebut...itulah yang dipesan oleh org cerdik pandai dalam agama...mungkin ari ini kita yang memberi selawat, tapi esok lusa, mungkin kite yang tengah diseksa....

kalau kite lalu pulak kawasan perkuburan...sedekahkan lah al Fatihah kepada semua penghuni kubur...semoga roh mereka akan mendapat hadiah...insyaAllah....

satu lagi...jaga la tata susila sewaktu kite menziarahi kubur...sangat penting tuh...

dikesempatan ini juga aku ingin memohon kepada sahabat2 aku untuk membaca dan mensedekahkan Al Fatihah kepada seluruh umat islam yang telah pergi yang mana aku phonkan pengkhususan kepada arwah Mama, arwah Ah Tong, arwah ayah serta arwah pak Uda...aku percaya ramai rakan aku yang masih mengingati mereka.

aku memohon agar roh2 mereka akan ditempatkan digolongan orang yang beriman serta mendapat keberkatan Illahi.

Al Fatihah

terima kasih sahabat2ku diatas sumbangan yang pada aku tak ternilai dek aku....terima kasih sahabat2ku...

wassalam

Saturday, October 4, 2008

hari raya

hari ini genap hari ke4 kita beraya...aku rase aku nak ucapkan selamat hari raya lagi kepada semua yang membaca coretan aku nie....

pada aku yang paling penting sewaktu hari raya adalah untuk kita bersama-sama memohon kemaafan terutamanya kepada kedua ibu bapa kita....dan adalah penting untuk anak-anak kita, the next generation untuk melihat perkara ini.

tetapi bukanlah bermaksud hari-hari lain, kita tidak mempunyai perasaan ataupun sifat maaf bermaafan semasa insan...

kenapa aku cakap macam tu...sebabnya...zaman sekarang, kebanyakan budak-budak hanya mementingkan duit raya, berapa rumah nak pergi, berapa jumlah duit raya...so, kita sebagai orang tua kenalah menerapkan sifat-sifat ataupun amalan-amalan yang penting sewaktu dan sebelum hari raya iaitu kepentingan berpuasa, amalan-amalan sunat sewaktu bulan ramadhan, sifat bermaafan semasa insan dan lain-lain.

walaubagaimanapun...sememangnya kite pun gembira bile tengok budak2 dapat duit raya...muka bebudak nie tak berenti senyum (yang makbapak, jgn pakai duit raya anak lak...buat cover perbelanjaan raya...muahahahaha)

satu lagi...kegembiraan hari raya jelas terpancar dengan kemesraan yang terjalin antara keluarga...kanak-kanak akan berjumpa dengan sepupu sepapat...main tak kiranye...tak masuk lagi main bunga api ke...mercun ke...semua depa main...

diaorg memang seronok giler berjumpa sanak saudara seangkatan dengan mereka. macam-macam permainan depa reka dan main...syoknye raya,,,anak aku sampai berpuluh kali la tanya...cuti lama lagi kan bah...hmmmmm.,.itulah raya untuk bebudak.

satu lagi...mak ayah akan sibuk mencari serta membeli baju depa...budak mmg ade baju baru...mak ayah sanggup berkorban untuk anak2 mereka...tula yang aku kadang2 tak berape paham dengan sikap segelintir mak ayah yang sanggup buang anak tepi jalan, tandas dsbnya...
memangla depa tu boleh diklasifikasikan sebagai binatang.

ziarah menziarah jua akan mengeratkan ukwah kite...kite berjumpa dengan sanak saudara, sahabat handai...syok...tapi aku jugak nak mintak maap pd pn ikan...sebab tak beraya kat umah dia kat senggarang...sori bebyk dd...aku tak balik rengit la...aku pegi johor je...sori na...nanti kita chat@jumpa kat kl na...

satu aku nak share dengan korang...gambar seterusnya adalah gambar nenek aku yang berusia 98 tahun...ko bayangkan 98 tahun...pehhhh...aku pun tak tau petua@amalan apa yang nenek a.k.a tok ulah ni pakai.

yang konpom...ngaji memang dia tak tinggal...sekarang dia nyanyuk sikit...masa aku jumpa dia itu ari...raye ke2...bile g bolrak je dgn dia...dia akan tanya...ko sape???anak sape???selang 5 minit...dia akan tanya lagi...tapi mmg aku kagum dengan kederat dia...jalan pegi bilik air...boleh duduk..sembang-sembang...semayang...cuma pergerakan dia agak slow la sikit. ye la...org dah umur 98 tahun.

so...aku rase sampai sini je kot aku cerita pasal hari raya aku....cuma satu je lagi...kepada pemandu-pemandu dijalan raya tu....tolong la jangan la bawak slow sangat2...bwk slow bagus tapi kena la consider org lain...ini dah la bawak slow...dok lane salah...kekdg aku rase yang bikin accident tu sbb kete slow sesgt...lori tak reti bahasa...moto ikut suka bawak...kirikanan tak tentu hala dan sebagainya.

so...sampai sini je la yek kekawan...jemput datang beraya umah aku....tapi kol la dulu...

last but not least...SELAMAT HARI RAYA, MINNAL AIDIL WAIFA IZIL....wassalam

disinari bulan

disinari bulan
gambar diambil pada 19 Julai 2008 jam 9.30 pm

planning

a process that includes defining goals, establishing strategy, and developing plans to coordinate activities.

majlis aqiqah afeeq

majlis aqiqah afeeq