Sunday, October 12, 2008

more picture [at] majlis jamuan hari raya


ismadi
head coordinator for uitm


rosmazlan& afrina
dah letih sangat...tertido dalam dakapan papa


pemenang pertama pakaian sedondon
majlis jamuan hari raya kolej shahputra
[a.rhymiepadillah]


utz madi
[pengarah rekod, kemasukan dan alumni]
tak tau la dia dok hembus apa kat budak tuh...


mc announce makan je....semua terus terkammmm!!!!!

more picture [at] majlis jamuan hari raya

ikatan erat bapa&anak
kemana sajer alpian pergi...anaknye tetap berada disisi.


dari kiri
adikradzi, anis&anaknya, nasril, mekzu dan ijat


nasril&adib
muka sepesen, body weight je yang lain.


hidangan buahan pada malam itu


door gift buat semua tetamu
majlis jamuan hari raya [at] ms garden

majlis jamuan raya [at] ms garden


Alhamdullilah, dengan keberkatan serta keredhaan Illahi, kolej shahputra melalui badan kebajikannya iaitu kekas telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya yang berlangsung dengan penuh suasana raya di ms garden pada 10 oktober 2008.
bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana Dia telah memanjangkan rezeki kolej shahputra. Alhamdullillah.

majlis telah diserikan dengan ucapan abah selaku wakil kepada ahli lembaga pengarah. dengan ucapan selamat hari raya kepada semua warga shahputra termasuk pensyarah filipina yang baru menyertai keluarga shahputra.



seperti yang ku gambarkan...bila hari raya...kanak2lah yang sangat bergumbira...sama jua semasa majlis hari raya ini...kanak2 dengan aksi mereka yang tidak diduga...bermain sakan...naik atas pentas sewaktu persembahan berlangsung...berjoget...main atas tangga sorang2 macam budak bodak ni...hehehehe...notak tapi cute budak nie...

pakaian sedondon bagi semua pasangan dan keluarga...majlis hari raya itu hari siap ada pertandingan lak untuk pasangan sedondon yang mana ianya dimenangi oleh a.rhymie padillah dengan pakaian bertemakan warna hijau....memang hijau la kirenye...semua hijau...yang nampak la...yang tak nampak..kene tanya empunye diri.

turut mengikut tema hari raya dan sedondon...adalah yh dato' dr azman zaini sekeluarga dengan warna purple cuma anak2 pakai baju pink...sedondon separuh la kirenye...

ini pulak adalah gambar en. kamal...pengarah hr kolej shahputra...kirenye nak mintak keja...jumpa la dia...kalau cukup sifat kelayakan serta standard yang dia tetapkan...insyaAllah la boleh join warga shahputra.

kamal jua adalah individu yang bertanggungjawab merealisasikan majlis hari raya ini...dia punye fight pasal nak adakan majlis nie...dari bulan satu lagi...akhirnya 10.10.08 berlangsunglah program yang dirangkakan.....thanks kamal....
yang ni...bukan gambar org bangla pakai baju melayu tetapi adalah gambar en. wan zain...pengarah marketing dan jpm...punye la komited terhadap shahputra..padehal...mak dia tgh awarded kat kmc pada masa jamuan ni berlangsung...emak dia masuk pada hari khamis malam....09.10.08...tapi alhamdullillah...emak dia ok dah...

untuk menunjukkan semangat kekeluargaan, dia dtg jugak sekejap ke majlis ini dan beransur ke kmc seblm upacara majlis selesai...inilah komitmen yang sememangnya diharapkan oleh pihak pengurusan tertinggi shahputra...sebab tu la...bos mmg sayang sungguh kat dia...dia takde kirenye...lumpuh la shahputra.

tak lupa jugak nak cerite bab komitmen...semlm..aku dapat call dpd unit transport kata bas shahputra rosak...so...kene tunggun pagi nie la baru boleh buat apa yang patut...komited nye driver aku iaitu a. din and a. zul...sanggup tido dlm bas semlman sebab takut jadik ape2 kat bas...thanks la kpd driver2 aku....

aku jua sedar ramai staff shahputra yang komited...cuma mungkin aku tak sedari...wlaaubagaimanapun...ucapan tahniah serta terima kasih dari aku kepada semua staff yang komited...semoga kite bersama2 mengecapi kemanisannya di masa akan datang.

wassalam

Monday, October 6, 2008

kita semua akan ke sana

sesungguhnya tiada tempat lain yang akan kite pegi bile sudah tibanya....kite nyorokla kat mana sekalipun...tetap kite akan ke sana iaitu alam barzakh...alam yang tidak diketahui sama ada kita akan diterangi atau menghadapi kegelapan...tetapi bergantung kepada amalan kite yang sebenarnya....kalau banyak amalan mulia dan baik kite lakukan, insyaAllah Allah akan terangkan kubur kite, tapi, kalau banyak amalan buruk dan salah yang kite lakukan....sendiri kene ingat...seksaan yang akan diterima sangatlah seksa....dihimpit kubur, ular besar, kubur yang gelap gelita....dan sesungguhnya seksaan itu akan berterusan sehinggalah ke hari pembangkitan semula...iaitu sewaktu semua makhluk Allah akan berkumpul di Padang Mashyar....

tetapi...seeloknya sekiranya kite berada di tanah perkuburan...perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Junjungan kita agar malaikat yang menyeksa penghuni kubur akan berhenti sekita untuk menjawab selawat tersebut...itulah yang dipesan oleh org cerdik pandai dalam agama...mungkin ari ini kita yang memberi selawat, tapi esok lusa, mungkin kite yang tengah diseksa....

kalau kite lalu pulak kawasan perkuburan...sedekahkan lah al Fatihah kepada semua penghuni kubur...semoga roh mereka akan mendapat hadiah...insyaAllah....

satu lagi...jaga la tata susila sewaktu kite menziarahi kubur...sangat penting tuh...

dikesempatan ini juga aku ingin memohon kepada sahabat2 aku untuk membaca dan mensedekahkan Al Fatihah kepada seluruh umat islam yang telah pergi yang mana aku phonkan pengkhususan kepada arwah Mama, arwah Ah Tong, arwah ayah serta arwah pak Uda...aku percaya ramai rakan aku yang masih mengingati mereka.

aku memohon agar roh2 mereka akan ditempatkan digolongan orang yang beriman serta mendapat keberkatan Illahi.

Al Fatihah

terima kasih sahabat2ku diatas sumbangan yang pada aku tak ternilai dek aku....terima kasih sahabat2ku...

wassalam

Saturday, October 4, 2008

hari raya

hari ini genap hari ke4 kita beraya...aku rase aku nak ucapkan selamat hari raya lagi kepada semua yang membaca coretan aku nie....

pada aku yang paling penting sewaktu hari raya adalah untuk kita bersama-sama memohon kemaafan terutamanya kepada kedua ibu bapa kita....dan adalah penting untuk anak-anak kita, the next generation untuk melihat perkara ini.

tetapi bukanlah bermaksud hari-hari lain, kita tidak mempunyai perasaan ataupun sifat maaf bermaafan semasa insan...

kenapa aku cakap macam tu...sebabnya...zaman sekarang, kebanyakan budak-budak hanya mementingkan duit raya, berapa rumah nak pergi, berapa jumlah duit raya...so, kita sebagai orang tua kenalah menerapkan sifat-sifat ataupun amalan-amalan yang penting sewaktu dan sebelum hari raya iaitu kepentingan berpuasa, amalan-amalan sunat sewaktu bulan ramadhan, sifat bermaafan semasa insan dan lain-lain.

walaubagaimanapun...sememangnya kite pun gembira bile tengok budak2 dapat duit raya...muka bebudak nie tak berenti senyum (yang makbapak, jgn pakai duit raya anak lak...buat cover perbelanjaan raya...muahahahaha)

satu lagi...kegembiraan hari raya jelas terpancar dengan kemesraan yang terjalin antara keluarga...kanak-kanak akan berjumpa dengan sepupu sepapat...main tak kiranye...tak masuk lagi main bunga api ke...mercun ke...semua depa main...

diaorg memang seronok giler berjumpa sanak saudara seangkatan dengan mereka. macam-macam permainan depa reka dan main...syoknye raya,,,anak aku sampai berpuluh kali la tanya...cuti lama lagi kan bah...hmmmmm.,.itulah raya untuk bebudak.

satu lagi...mak ayah akan sibuk mencari serta membeli baju depa...budak mmg ade baju baru...mak ayah sanggup berkorban untuk anak2 mereka...tula yang aku kadang2 tak berape paham dengan sikap segelintir mak ayah yang sanggup buang anak tepi jalan, tandas dsbnya...
memangla depa tu boleh diklasifikasikan sebagai binatang.

ziarah menziarah jua akan mengeratkan ukwah kite...kite berjumpa dengan sanak saudara, sahabat handai...syok...tapi aku jugak nak mintak maap pd pn ikan...sebab tak beraya kat umah dia kat senggarang...sori bebyk dd...aku tak balik rengit la...aku pegi johor je...sori na...nanti kita chat@jumpa kat kl na...

satu aku nak share dengan korang...gambar seterusnya adalah gambar nenek aku yang berusia 98 tahun...ko bayangkan 98 tahun...pehhhh...aku pun tak tau petua@amalan apa yang nenek a.k.a tok ulah ni pakai.

yang konpom...ngaji memang dia tak tinggal...sekarang dia nyanyuk sikit...masa aku jumpa dia itu ari...raye ke2...bile g bolrak je dgn dia...dia akan tanya...ko sape???anak sape???selang 5 minit...dia akan tanya lagi...tapi mmg aku kagum dengan kederat dia...jalan pegi bilik air...boleh duduk..sembang-sembang...semayang...cuma pergerakan dia agak slow la sikit. ye la...org dah umur 98 tahun.

so...aku rase sampai sini je kot aku cerita pasal hari raya aku....cuma satu je lagi...kepada pemandu-pemandu dijalan raya tu....tolong la jangan la bawak slow sangat2...bwk slow bagus tapi kena la consider org lain...ini dah la bawak slow...dok lane salah...kekdg aku rase yang bikin accident tu sbb kete slow sesgt...lori tak reti bahasa...moto ikut suka bawak...kirikanan tak tentu hala dan sebagainya.

so...sampai sini je la yek kekawan...jemput datang beraya umah aku....tapi kol la dulu...

last but not least...SELAMAT HARI RAYA, MINNAL AIDIL WAIFA IZIL....wassalam

Tuesday, September 30, 2008

selamat hari raya

hari ini bermula bulan baru dalam bulan islam iaitu bulan syawal yang menan merupakan bulan kemenangan kepada seluruh umat islam yang menjalankan ibadah puasa...semoga puasa yang telah kita lakukan akan diterima Allah SWT dan mendapat keberkatan dariNYA.


sesungguhnya, bulan ramadhan yang penuh kebesaran serta kerahmatan telah meninggalkan kita pada tahun ini..entah ke sempat kita untuk bertemu lagi bulan ini di tahun hadapan....bersama-sama la kita berdoa agar kita dapat bertemu kembali bulan yang membawa berjuta manafaat kepada sesiapa yang ingin memanafaatkannya.

dikesempatan ini, ingin aku serta keluarga mengucapkan selamat hari raya...maaf zahir dan batin, halalkan apa jua yang boleh dihalakan serta sekiranya aku perlua memohon kehalalan kalian...sila la bagitau, kalau tak boleh halalkan, bagitau la kat aku...akan ku cuba membayarnya, serta ku pohon keampunan kalian sekira ada perlakuan aku masa lampau serta sekarang yang mengecilkan ati, perasaan dsbnya.

SELAMAT HARI RAYA

kepada semua kenalan, sahabat handai serta saudara mara tanpa mengira perbezaan waktu dan lokasi ( utk mu tuh di).....

Wednesday, September 24, 2008

hadiah raya

kelmarin kecoh di televisyen pasal pemberian kuih raya ataupun hamper kepada kakitangan kerajaan....aku pelik sungguh la...pemberian kuih raya ataupun hamper raya tu pun rasuah ke??? pada aku...kuih raya adalah perkara yang utk kite nikmati bersama....satu lagi...kenapa perkara kuih raya yang diperbesarkan...banyak lagi perkara yang berlaku kat negera kite nie yang melibatkan rasuah yg bernilai jutaan ringgit malaysia....

kes kecik kecoh...kes besar senyap...adakah itu keadilan namanya...aku teringat satu kisah cikgu sekolah ditangkap kerana membuat perniagaan supply kertas a4...yang jualannya x la sebesar mana...kene tangkap...tapi yang kes eric chia...macam banyak je nama tidak dikeluarkan...tu kes besar giler tuh...sampai bangkrap la perwaja....

haiya...wa tak mau komen banyak la...sebab...kite mentimun...cuma kite berkata dan menegur mengikut keupayaan kita...so...sediri pikirla kan....

dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin dan halalkan makan, minum, hutang x mau tuntut ke dsbnya....

disinari bulan

disinari bulan
gambar diambil pada 19 Julai 2008 jam 9.30 pm

planning

a process that includes defining goals, establishing strategy, and developing plans to coordinate activities.

majlis aqiqah afeeq

majlis aqiqah afeeq